Simbolik dan Ekspresif




Simbolik (Petua dan Pantang Larang)
  • Dalam melakukan proses penyapuhan, tidak boleh dilakukan semasa hujan turun mahupun dalam keadaan sejuk. Ini dipercayai bahawa besi pemarang itu akan mudah patah dan retak semasa digunakan.
  • Orang tua-tua pada dahulu kala ada mengatakan dalam pembuatan penuh sebilah pemarang tersebut, perempuan tidak dibenarkan untuk menemui si pembuat pemarang atau datang ke tempat di mana pembuatan pemarang itu dilakukan. Ini boleh menyebabkan pemarang itu mudah tumpul dan tidak tajam.
  • Dipercayai juga apabila si pembuat pemarang tersebut didalam keadaan yang malas maka dalam masa untuk menyiapkan dan membentuk sebilah pemarang itu juga akan  mengambil masa yang agak lama untuk siap sepenuhnya.
  • Semasa penyapuhan besi pemarang ke dalam air dilakukan hendaklah ia menggunakan air suam iaitu bukan air sejuk kerana apabila air tersebut sejuk semasa penyapuhan dilakukan dipercayai besi pemarang tersebut akan lembut dan bengkok. Terakhir, jangan sesekali bergurau senda apabila memegang pemarang kerana ditakuti ia boleh memakan tuannya iaitu mencederakan pemiliknya dan juga orang disekelilingnya.
Ekspresif
  • Nilai ekspresif  dalam pembuatan pemarang memberikan penekanan kepada kehalusan, kekuatan dan ketahanan sebilah pemarang. Pembuat pemarang pada masa dahulu yang hanya menggunakan secara manual sangat tinggi nilainya kerana ketelitian membuat sebilah pemarang untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan tahan.
  • Pemilihan kayu adalah salah satu faktor yang penting dalam membuat sarung dan ulu pemarang. Ini kerana ia merupakan bahan yang akan sentiasa dipegang dan diguna pakai apabila menggunakan sebilah parang. Antara bahan-bahan kayu tersebut adalah seperti Kayu Ranggu atau Kayu Malam iaitu kayu yang mempunyai ketahanan yang paling lama yang berwarna hitam. Kayu Ranggu juga adalah kayu yang selalunya menjadi permintaan paling tinggi dalam pembuatan pemarang pada masa kini.
  • Sentiasa menitikberatkan dan memberi perhatian kepada kualiti, kekuatan dan ketahanan pemarang yang dihasilkan bagi memuaskan hati pengguna dan pembeli itu sendiri. Seorang pembuat perlu mementingkan kehalusan dalam hasil kerja mereka. Setelah sebilah pemarang itu berjaya dihasilkan, si pembuat akan memastikan tiada kecacatan atau kekurangan yang ada terhadap hasil kerja mereka.
  • Dalam pemilihan besi-besian hendaklah dari bahan besi yang tahan lama iaitu dari Land Rover, Chainsaw dan juga Pajero. Ini adalah kerana bahan besian daripada kereta-kereta ini mempunyai ketebalan yang selalunya dimahukan dan senang untuk menggubah besi tersebut menjadi sebilah pemarang.


No comments:

Post a Comment