Jenis-Jenis Pemarang



(i)            Candung
Candung adalah sejenis pemarang yang berasal dari Puak Kedayan. Selalunya, candung lebih gemar digunakan untuk menebang pokok, memotong kayu dan juga kegunaan sebagai mempertahankan diri. Selain itu, candung juga merupakan sejenis parang (merujuk dalam gambar adalah sebilah parang candung yang agak pendek tetapi mempunyai ketebalan besinya yang keras).
Candung

(ii)          Penabas atau dipanggil sebagai palit.
Parang penebas juga berasal dari Puak kedayan. Kegunaannya adalah untuk menebas rumput-rumput yang panjang mahupun apabila hendak pergi ke hutan. Ciri-cirir bentuk parang penabas ini adalah sedikit panjang dan tidak terlalu melengkung serta penghujungnya yang berbentuk sheepsfoot. Apapun, ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai senjata tempur.
penabas
(iii)        Pemarang laki dan pemarang bini
Pemarang laki ini adalah sejenis pemarang yang berukuran panjang dan mempunyai mata parang tajam yang berbentuk ‘melengkok’ turus dan tajam di bahagian bawah mata parang. Manakala, parang bini pula mempunyai sebaliknya iaitu melengkok di bahagian atas. Antara keduanya, parang bini adalah merupakan parang yang paling baik untuk digunakan.


No comments:

Post a Comment