Komuniti bermaksud
kumpulan, masyarakat, berhubung secara rohani.
Terdapat banyak komuniti yang boleh dikaitkan dengan teknologi pemarang,
diantaranya adalah:-
Komuniti pembeli
Komuniti
pembeli tergolongan lelaki iaitu boleh dikatakan pembeli orang yang berumur daripada 18
tahun keatas sehingga golongan orang tua. Komuniti pembeli ini memerlukan pemarang disebabkan keperluan mereka. Contohnya :- tentera,
- kegunaan dalam hutan untuk memotong kayu-kayan, ranting-ranting, untuk khemah dan banyak lagi. Dengan adanya teknologi pemarang ini, ia menjadikan pekerjaan seseorang itu menjadi mudah.
Komuniti penjual pemarang
Komuniti
penjual pemarang pula adalah orang yang memperdagangkan pemarang untuk
mendapatkan pendapatan yang lebih. Penjualnya adalah seperti pembuat pemarang itu sendiri ataupun orang yang dipertanggungjawabkan
seperti keluarga, sahabat, orang lain dan sebagainya. Disamping itun mereka juga mendapat komisyen jika sekiranya penjualan itu mendapat keuntungan. Manakala tempat penjualannya adalah seperti di Sumbangsih Beribi,
Sumbangsih Kianggeh, di Tamu Kianggeh, di rumah-rumah pembuat pemarang dan
sebagainya. Untuk tambahan pula, penjualan ini juga dibuat di laman web
Mukabuka “Facebook” yang membolehkan komuniti “facebook” untuk membeli secara
“online.
Komuniti pencinta seni
Dengan
membuat,memproses dan mencipta sesuatu yang dari besi.Di mana dari besi itu
diproses dan dibuat mengikut rekabentuk yang dipilih oleh para pencipta seni dan menjadikannya sebagai perhiasan atau koleksi peribadi
sahaja. Walau bagaimanapun banyak yang meminati mengumpul pemarang tersebut,
malah ada yang memilikinya hanya disebabkan terlalu minat/hobi.
Komuniti Pembuat Pemarang
Boleh
dilihat pada masa dahulu anak-anak remaja duduk bersama dengan pembuat
pemarang,mereka hanya membantu membakar besi atau dengan melihat sahaja
sehingga mereka akhirnya belajar sehingga mampu membuat sebilah parang cukup
baik walaupun hanya untuk kegunaan mereka sahaja.Lama kelamaan mereka akan
memiliki pengalaman dan akhirnya menjadi seorang pembuat pemarang.
Matlamat berkomuniti
- Memudahkan sesuatu hal atau masalah seperti pekerjaan terlebih lagi bahawa Brunei Darussalam mempunyai hutan yang banyak seperti berkebun, menebas rumput, mengupas kelapa, menebas pokok-pokok kecil dan sebagainya.
- Merapatkan dan mengukuhkan silaturrahim diantara satu sama yang lain didalam aktiviti yang diadakan seperti aktiviti bergotong royong membersihkan kubur, berkebun dan sebagainya.
- Boleh mengamalkan cara hidup bekerjasama, bertanggungjawab, bersopan santun dan sebagainya dalam menjalankan aktiviti yang telah diadakan. Diantaranya lagi, ia boleh merapatkan tali persahabatan, bertukar pandangan dengan komuniti pemarang di luar negara seperti di Sabah, Sarawak dan sebagainya. Dengan ini mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka dalam meninggikan mutu pemarang itu sendiri.
- Tambahan lagi, tali persahabatan ini dapat mengikis sifat yang negatif seperti sifat tamak dalam pengetahuan.
Fungsi berkomuniti
- Berfungsi sebagai peserta ataupun penonton dalam aktiviti perlawanan kecantikan pemarang. Mengikut informan, perlawanan kecantikan pemarang ini diadakan di luar negeri seperti Sabah dan Serawak. Bagi peserta yang mengikuti perlawanan ini, mereka akan mempamerkan pemarang mereka yang paling cantik dari segi dalaman dan luaran.
- Bagi penonton pula, mereka berperanan dalam mengundi pemenangnya. Mereka akan mengundi mengikut kecantikan dan rekabentuk pemarang itu.
- Fungsi seterusnya adalah mereka juga mengadakan aktiviti pameran pemarang. Di sana mereka akan mempamerkan pemarang yang lama, berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kayu yang jarang dijumpai seperti kayu ranggu. Disamping itu juga, pameran ini dapat memperkenalkan kepada generasi muda yang kurang pengetahuan tentang teknologi pemarang serta mengajar mereka dalam pembuatan pemarang agar tidak pupus ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment