Harga pasaran bagi
setiap pemarang adalah berbeza-beza mengikut kemahuan pembeli iaitu melihat
dari segi pembuatan bilah dan sarung pemarang yang terdiri dari pelbagai jenis
kayu yang digunakan. Ini termasuklah juga kepentingan besi dan corak serta reka
bentuk ukurannya iaitu panjang dan pendek ukuran bagi setiap pemarang tersebut.
Dijual dengan harga $70 kerana
sarung dan ulunya kayu malam, tetapi jika kayu biasa $60 matanya besi spring
Land Cruiser.
Pemarang Candung, jenis besi
Spring Land Cruiser. Sarung dan Hulunya diperbuat daripada kayu Malam,
panjangnya 7”. Dijual dengan harga $35 - $40 bersama dengan sarungnya sekali.
Pemarang jenis besi Toyota
Hilux dan kayunya terdiri daripada kayu Ranggu, panjangnya sekitar 8”. Dijual
dengan harga $25 bersama dengan sarungnya sekali.
Pemarang jenis besi Spring
Isuzu Trooper dan kayunya dipanggil kayu Candung, panjangnya 13”. Dijual dengan
harga $50 bersama dengan sarungnya sekali.
Pemarang
jenis besi Spring Toyota Land Cruiser. Dijual dengan harga $70 kerana ia
besimpai dan jika tidak besimpai maka dijual dengan harga $60.
Dijual
dengan harga $70, bagaimanapun harga tidak sama tertakluk kepada besi dan jenis
kayu yang digunakan.
No comments:
Post a Comment