Bahan dan Alat Pembuatan


bahan-bahan pembuatan
   
Jenis-jenis besi yang terdiri daripada spring kereta seperti pajero, land rover, lori dan trak. Terdapat juga sebahagiannya yang menggunakan bearing jentolak, mata chainsaw dan lain-lain.

Tali nilon
Untuk keselamatan  dan kemudahan si pengguna dan juga kecantikan. Ia juga berperanan untuk menguatkan pegangan ataupun ketahanan kayu yang digunakan sebagai ulu dan sarung itu agar tidak terlepas daripada pemarang itu. 

Jenis-jenis kayu. – kayu madang, kayu ranggu, kayu malam, kayu baru, kayu semala nibung, kayu angsana, kayu cendana dan sebagainya untuk kegunaan Ulu dan Sarung pemarang


Minyak enjin, air dan pasir
Minyak enjin, air dan pasir ini digunakan semasa proses menyapuh. Ia adalah bertujuan untuk menajamkan mata pemarang.

Alat pembuatan

Penukul dan tempatnya
Berfungsi untuk mengetuk, menipiskan dan meratakan besi pemarang yang telah dipanaskan.

Mesin ‘Blower’
Mesin ini mengeluarkan angin yang boleh di diubah tahap kelajuan anginnya mengikut si pembuat pemarang. Dengan adanya mesin blower ini juga, proses pembuatan pemarang akan menjadi cepat.

Mesin mengisar ‘grind’
Mesin ini digunakan sebanyak dua kali dalam pembuatan pemarang. Yang pertama, ia digunakan sebagai mengisar besi pemarang dan untuk mengisar katu ulu dan sarung pemarang.

‘pengapit’ basi ataupun ‘clamp’
Alat ini digunakan untuk memegang besi pemarang untuk dikisar menggunakan mesin pengisar iaitu ‘grind’. Ia bertujuan untuk keselamatan para pembuat pemarang berbanding menggunakan tangan. Pengapit seterusnya adalah untuk kegunaan membuat sarung pemarang. Ia dipakai untuk menemukan kayu sarung yang sudah ‘gam’ iaitu dilekatkan.
  

Mesin pemotong Kayu
Mesin pemotong ini merupakan mesin yang moden selain menggunakan gergaji untuk memotong kayu. Alat ini adalah untuk memotong kayu yang untuk membuat ulu dan sarung pemarang.

Mesin gerudi ‘drill’
Alat ini digunakan untuk menggerudi bahagian ulu agar dapat memasukkan ‘puting’ pemarang iaitu di bahagian hujung pemarang ke dalam ulu.

Batu asahan
Alat ini adalah untuk menajamkan mata pemarang. Antara kegunaan lainnya adalah untuk menghilangkan ‘tagar’ iaitu kerak yang ada di permukaan pemarang.









No comments:

Post a Comment