Pengenalan


Pemarang merupakan satu senjata tajam yang diperbuat daripada pelbagai jenis besi seperti besi kereta. Ia juga merupakan satu teknologi tradisi yang digunakan secara turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain khususnya bagi penduduk di Negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, teknologi ini banyak membantu kehidupan kita bermasyrakat dalam melakukan kerja-kerja seharian misalnya dalam aktiviti memotong kayu, membelah kelapa, berkebun atau berpadi, berburu di hutan, membuat rumah dan juga sebgai penanda telinga kerbau. aktiviti sebegini secara tidak langsung telah mewujudkan komuniti pengguna pemarang. 

No comments:

Post a Comment