Penemuan Kajian

Menurut temubual yang dilakukan, sejarah awal kemunculan dan kewujudan teknologi pemarang ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun, ia merupakan satu teknologi tradisi yang digunakan secara turun temurun. 

Pada dahulunya, sesiapa yang tidak mempunyai sebilah pemarang dalam sebuah rumah maka dianggap sebagai seorang yang bukan gagah.

Dalam pembuatan pemarang, jenis-jenis kayunya memainkan peranan yang penting untuk ketahanan yang lama semasa menggunakannya.

Jenis-jenis pemarang yang didapati terdapat di Brunei adalah seperti pemarang penabas, pemarang candung, pemarang ilang, pemarang calit dan pemarang latuk. Apa yang pasti, kesemua jenis parang ini kegunaan utamanya adalah untuk kegunaan pergi ke hutan.

Perubahan dari segi reka bentuk telah banyak dilakukan. Alat-alat pembuatan pemarang juga mengalami perubahan yang ketara.

No comments:

Post a Comment