Mempertahankan Warisan

Pihak-pihak yang tertentu hendaklah bertanggungjawab dan mengambik langkah bagi menarik minat khususnya para belia sekarang dan generasi yang akan datang. Ini termasuklah dengan memberikan mereka ini pengajaran dan pembelajaran tentang kepentingan alat mahupun penggunaan pemarang dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Selain itu, mengadakan pameran, jerayawara dan bengkel-bengkel bagi menambah lagi minat anak muda dan menggalakkan mereka untuk menggunakan dan membuat alat tradisianal ini.


Tidak dinafikan juga bahawa perubahan yang amat ketara dapat dilihat sekarang ini, memandangkan perubahan zaman yang sentiasa memberikan kesan kepada kehidupan kita. Terutamanya, sekarang ini sudah banyak masyarakat yang memilih untuk menggunakan kemudahan atau teknologi alat moden dalam kehidupan seharian mereka.

No comments:

Post a Comment